Tuesday 30 August 2016

Seni Memperdayakan Rakyat- bahagian 2



Sementara itu selain Najib sendiri, pemimpin kelas 2/second rate UMNO, terus menerus menanam kekeliruan dalam minda rakyat. Terbaru sekali saya membaca mengenai ucapan MP Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim. Orang baik tapi berketuakan penyamun. 
Tapi, dari dunia mana Irmohizam ini datang dan kepada makhluk mana dia berbicara?

Apabila kita halusi, maka ketahuilah kita bahawa Irmohizam datang dari planet UMNO dan makhluk yang  menjadi audiens nya ialah makhluk ahli UMNO. Mereka hanya sebahagian kecil dari bangsa Melayu yang berjumlah 15 juta itu. 
Apa lagi yang boleh dinyatakan oleh Irmohizam kepada ahli UMNO selain dari mengkakaktuakan pembohongan? Mustahil dia mahu dan boleh berkata- ya- ketua kita menyamun duit 1MDB. 

Kita tidak dapat berita dari DOJ Amerika kerana pada 22 Ogos lalu,  beberapa orang yang terlibat dalam tindakan sivil DOJ sudah lari entah kemana. Akhbar dan media arus perdana blackout berita2 nya. Mereka membisu seribu bahasa, lidah mereka kelu tidak terkata. 
Namun, sikit hari lagi, nantilah ledakan nya.

Besar kemungkinan, yang dinamakan dalam tindakan sivil DOJ, tidak berada di mahkamah kerana dinasihati oleh kerajaan Malaysia supaya jangan hadhir. Kenapa?  kerana khuatir tembelang besar akan pecah dan semua terburai.

Yakinlah, langkah jenayah akan menyusul dan rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai drama 1MDB ini. Sementara itu pemimpin kelas 2 UMNO seperti Irmohizam teruslah mengelirukan pemikiran rakyat terutama ahli UMNO yang melarikan diri dari kenyataan dengan menganggap 1MDB sebetulnya tidak ujud.

Ahli UMNO mungkin penghuni gua, tapi bangsa Melayu tidak. Mereka membaca akhbar2 maya dan membaca yang tersirat. Mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku; Jemputan Irmohizam supaya rakyat bersikap merdeka dan mempertikai kesahihan pendedahan DOJ, akan ditolak.

Irmohizam mencemuh lapuran DOJ dengan bertanya jika maklumat dari DOJ itu benar dan sahih, mengapa akhbar seperti Wall Street Journal dan New York Times  dan Sarawak report, tidak menggunakan hasil siasatan DOJ?

Mengapalah bodoh sangat Irmohizam ini?  Irmohizam ini seperti peguam2 juga- ada gred2 seperti telur ayam; Ada gred A dan ada gred C.

Siasatan yang dilakukan oleh akhbar2 seperti Wall Steet Journal dan Sarawak Repork semua nya mendahului siasatan oleh DOJ. Akhbar2 itu semua adalah entity private bukan ejensi kerajaan. Siasatan sebuah ejensi kerajaan seperti DOJ tidaklah terbuka untuk orang awam dan entiti private seperti Sarawak Report dan Wall Steet Journal. Faham?

Sebagai bandingan- siasatan oleh PDRM adakah ianya terbuka untuk orang awam dan akhbar?

Fakta yang tidak tertangkap oleh otak Irmohizam kerana keasyikan mahu mengelirukan rakyat, ialah walaupun entiti2 ini menjalankan pendedahan dan penyiasatan bebas dari kaitan satu sama lain, semua mereka disatukan dengan penemuan2 yang sama. Semua mereka mendapati MO1 alias Najib Tun Razak terlibat dan ada kaitan dengan pencurian wang dari 1MDB. Semua mereka tahu mengenai Jho Low, Al Qubaisi, Badawy Husseini, Eric Tan, Casey Tang, Shahrol Halmi dan lain2 nya.

Fakta ini tidak disangkal oleh kerajaan Malaysia. Sebaliknya, kerajaan Najib Tun Razak mengelirukan rakyat Malaysia keseluruhan nya, dengan mereka dan buat hikayat serta cerita dongeng bahawa tindakan DOJ ini ialah cubaan Amerika membunuh orang Melayu, cubaan Amerika menjajah Malaysia yang sudah merdeka dan juga cerita dongeng bahawa kerana Najib itu pemimpin Islam, maka Amerika iri hati terhadap nya.

Serendah mana pemimpin UMNO mahu membodohkan orang Melayu? Jika mereka mahu membodohkan ahli UMNO- silakan. Tapi kita yang lain nya Melayu tidak akan melanggani penceritaan dan propaganda puak UMNO.

Alangkah bodohnya apabila Irmohizam cuba meremehkan keprofesionalan pihak DOJ dengan mendakwa bahawa DOJ tidak menamakan kepada siapa assets yang dicuri itu akan dikembalikan. Dia tidak bacakah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Loretta Lynch dan tidakkah dia baca dokumen 136 muka surat DOJ?

Jawapan nya ialah: Apabila sahih oleh mahkamah bahawa harta dan assets itu dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB, maka semua assets itu dikembalikan kepada kerajaan Malaysia. Sebab harta itu dibeli dengan duit syarikat kerajaan Malaysia yakni 1MDB.

Yang kita pelik dan sepatutnya diberitahu oleh Irmohizam dan pemimpin UMNO kelas 2 yang lain ialah mengapakah kerajaan Malaysia sendiri membisu dan tidak mahu menuntut dan menamakan diri mereka sebagai pemilik harta2 dan assets tersebut?

Kerana dengan melakukan demikian, kerajaan Malaysia kenalah mengesahkan siapa MO1, dan identity pegawai2 lain dan mengesahkan bahawa semua mereka ini, termasuklah MO1 yang terus berbohong kepada rakyat Malaysia, bahawa sememangnya, mereka terlibat dalam pengubahan wang dan pencurian dari 1MDB.
Fakta nya, buat sementara ini, sama ada orang awam tahu atau tidak kepada siapa harta2 tersebut dikembalikan, ianya janganlah mengalih pandangan kita, dari pendedahan yang dilakukan oeh DOJ. Apa dia nya?

Bahawa wang sebanyak USD3.5 billion atau sekitar RM14 billion dicuri oleh mereka yang dinamakan dalam tindakan sivil DOJ. Bahawa DOJ mendedahkan fasa2 pencurian wang dari 1MDB yang berjumlah 3 fasa. Dan bahawa dalam setiap fasa pencurian itu, sejumlah wang telah di salurkan kedalam akaun MO1. Dan siapa dia MO1? Tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang.

Tindakan DOJ ini tidak ada kena mengena lansung dengan cubaan menghikayatkan tindakan ini sebagai penjajahan bentuk baru atau mencabar kemerdekaan kita. 
Kita sebenarnya, khusnya bangsa Melayu akan mendapati minda kita lah yang sebetulnya terjajah, jika terus menghamba-abdikan diri kepada cerita dongeng dan tahyul yang direkacipta oleh Najib Tun Razak dan kumpulan penyamun2 tarbusnya.

2 comments:

  1. "Melayu"
    oleh : Usman Awang

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.

    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
    memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua’alaf bertakrif Melayu

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual

    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.

    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.

    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan

    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"

    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

    ReplyDelete
  2. Jiwa Melayu

    Melayu itu orang Islam tetapi malang orangnya........senantiasa takut dan takjub dia dengan orang yang berkuasa, tetapi selalu pula lupa akan Allah zat yang menguasai alam semesta dan menentukan nasib makhlukNya dengan sekehendakNya.

    Melayu itu orang Islam tetapi malang orangnya.......derita dan menjadi cacat jiwanya kerana takut dan bimbang akan menjadi miskin harta bendanya kerana murka manusia terhadapnya tetapi redha pula dengan kemungkaran terhadap Tuhannya dan kezaliman terhadap sesama.

    Melayu itu orang Islam tetapi malang orangnya.....namun tidaklah kerana miskin harta dan rendah pangkat darjatnya, melainkan kerana miskin jiwanya, rendah akal budinya, dan tipis imannya terhadap Tuhannya.

    ReplyDelete