Thursday 18 August 2016

Yang kaya terus Kaya, yang Miskin bertambah teruk.




adakah berniaga hasilan disebelah akan melonjakkan pendapatan orang miskin? Berniaga barangan ini  menghasilkan pendapatan purata bulanan RM5900?


Satu masa dahulu ada seorang bekas menteri mengistiharkan bahawa pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5900 sebulan. Semua orang, terutama pemimpin UMNO bersorak gembira. Inilah hasil perjuangan UMNO kata mereka. Setiap biji beras yang kita makan, adalah hasil perjuangan UMNO jerit seorang pemimpin nya.
Saya faham konsep purata. Saya percaya ramai lagi yang faham konsep purata. Antara persepsi dan realiti ada perbezaan besar.
Tapi angka yang disebut itu terlalu luar biasa. Ianya tidak dapat diterima sebahagaian besar rakyat Malaysia. Jika seorang Syed Mokhtar masuk kedalam kumpulan yang hendak dihitung,  tentulah pendapatan purata semua orang akan meningkat.Pendapatan Syed Mokhtar seorang akan menaikkan pendapatan semua orang lain.
Sebenarnya, kesenjangan pendapatan antara yang terkaya dan yang termiskin makin melebar. Ertinya dalam bahasa mudah, yang kaya lebih kaya, yang miskin lebih miskin.


 bolehkah saya dapat RM5900 sebulan menjual buah perah? Gambar dari pasar minggu bandar Raub.





Perkara ini terjadi bukan sebab ianya kejadian dan peraturan masyarakat yang semula jadi. Ianya bukan ketentuan Tuhan. Tidak juga ia terjadi sebab rezeki secupak tidak jadi segantang. Kenapa orang Kampong yang rajin berkerja masih mendapat pendapatan yang rendah?
Ia terjadi akibat dari istitusi politik dan ekonomi. Institusi politik mengagihkan kuasa antara kumpulan2 dalam negara kita. Institusi ekonomi pula menentukan bagaimana sumber pengkayaan diagihkan dalam negara kita.
Kuasa terus berpusat dalam tangan orang atasan dan bangsawan- yakni golongan terpilih. Faedah ekonomi terus berpusat dikalangan yang berkuasa dan yang sedia kaya.
Pendapatan kasar bulanan untuk isi rumah Melayu dan Cina, di Malaysia ialah seperti berikut.
Kategori/tahun
2012
2014
Perubahan %
Perubahan mutlak
20% melayu teratas
10,666
12,630
18%
1,964
40% melayu terbawah
1,686
2,367
40%
681
20% cina teratas
15,254
17,981
18%
2,727
40% cina terbawah
2,4555
3,127
27%
672

Orang UMNO akan pergi kemerata kampong dan berkata- lihat dari segi purata,  orang termiskin, yakni yang 40% terbawah sudah bertambah pendapatan. Dasar kerajaan baik. Pilih dan sokonglah kerajaan. Kerajaan Najib jaga kebajikan rakyat. Najib jaga 30 juta rakyat Malaysia.
Angka purata dan angka peratusan( %) tidak membawa kegembiraan pun kepada Melayu termiskin. Memang benar, jika kita banding tahun 2012 dengan 2014, pendapatan kasar purata Melayu 40% terbawah meningkat sebanyak 40%. Wow. Itu besar.
Tapi dari segi pertambahan mutlak, pendapatan kasar purata untuk melayu 40% terbawah hanya RM681 berbanding dengan pertambahan mutlak Melayu 20% teratas sebanyak RM1,964.
Angka2 bagi kaum Cina boleh dibaca dari jadual diatas.
Bagi orang Melayu:- walaupun dari segi peratusan, melayu 20% teratas hanya bertambah 18%, reality nya, itu lebih baik untuk mereka. Melayu 40% terbawah bertambah 40%. Namun pertambahan 18% lebih baik dari pertambaan 40%. RM1,964 tentulah lebih baik dari RM681.
Saya yakin Melayu 40% terbawah mahukan pertambahan sebanyak RM1,964. Tentu, jika diberi pilihan, Melayu miskin mahukan pertambahan RM1964 biarpun peratusan nya kecil.
Demikianlah angka purata mengelirukan kita dan menyembunyikan reality.
Kesenjangan pendapatan antara yang miskin dan yang kaya terus melebar.
Apa peniaga pasar minggu dan pekan sehari di Bandar raub, di Pekan Dong, di Sungai Ruan, di Bukit Koman, di Batu Malim, Felda Sungai Klau -semua mereka mahukan pertambahan mutlak. Angka purata tidak bererti apa2 kepada mereka. Adakah kerajaan mahu dengar rintihan rakyat? 


 
 


makcik ini dapat RM5900 sebulan?






No comments:

Post a Comment